Pernah tak anda sedang asyik layan youtube, menonton movie atau mesej rakan-rakan tiba-tiba rangkaian terputus? Bila semak balik modem, tak ada masalah, mesti anda akan tutup suis modem dan buka balik selepas beberapa saat kan? Tetap line masih slow dan terus disconnected, tahu tahu ada lampu merah muncul di bahagian internet dekat router tu.
Bila nak hubungi khidmat pelanggan, kadang-kadang susah nak dapat. Perkara ini seringkali berlaku kalau kelaurga atau rakan serumah sedang menggunakan internet dalam masa-masa yang menjadi penyebab Domain Name System (DNS) bermasalah.
Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan membaiki semula DNS tersebut, ikuti langkah-langkah ini untuk mengendalikannya. Boleh dijadikan panduan pada masa akan datang kalau perkara yang sama terjadi lagi. Oh ya, cara ini hanya berkesan bagi pengguna router jenis baru (tahun 2014 dan ke atas) sahaja.
1. Buka Browser, Taip 192.168.0.1 Di Address Bar Dan Tekan Enter
Di Login page, Sila login dengan menggunakan Username & Password seperti berikut:
Username: operator
Password: h566UniFi
2. Pergi Ke Bahagian SETUP
Lihat di sebelah kiri, Klik pada WAN. Wan Configuration. Selepas itu, korang akan dapat melihat Protocol PPPoE di barisan pertama jadual. Di Column Action, Tekan butang Edit.
3. Skrol kebawah sehingga korang dapat melihat perkataan DNS. Domain Name Server Assignment. Tukarkan Assignment. Tukarkan mode asal daripada Auto ke Manual.
Setkan DNS seperti berikut:
Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8.8
Domain Name Server (Secondary) IP : 8.8.4.4
4. Skrol ke bawah kagi sehingga sampai di penghujung dan Klik APPLY.
Semudah 'ABC' ! Anda bolehlah cuba surf semula. Kalau boleh masuk itu maknanya Setting yang anda lakukan tu dah berjaya. Kalau tak boleh, mungkin 1-2 step yang salah ikut. Tak payah bersusah payah minta bantuan mereka. Oh ya, bagi pengguna router yang lama, mungkin sedikit kelainan dan caranya anda perlu sedikit explore sebab konsepnya sama sahaja.
Apapun, satu masalah dah selesai, mesti susah nak hidup kalau tak ada internet kan pada zaman sekarang ini ? Kerja pun boleh terganggu lebih-lebih lagi macam kami yang perlu ada internet sepanjang masa. Kalau perkara ini terjadi di rumah atau pejabat, boleh lakukan sendiri dan kerja pun tak terganggu.
Selamat Mencuba !!
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran Seranjang Malam (Sementara Stok masih ada) |
No comments:
Post a Comment