Monday, 23 January 2017

Awas Penyakit 'Kaki Gajah' Jika Ke Jawa Tengah

 
Penyakit 'Kaki Gajah' sinonim dengan perubahan pada bentuk pada kaki hingga ke pinggang

JAKARTA: Rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi Kota Pekalongan di Jawa Tengah dinasihati supaya mengambil langkah waspada terhadap penyakit untut atau kaki gajah yang kini menjadi wabak di daerah itu.

Media-media tempatan memetik Ketua Bidang Pencegahan Penyakit dan Kesihatan Kawasan Jabatan Kesihatan Kota Pekalongan Tuti Widayanti sebagai berkata, setakat ini, sebanyak 409 warga kota itu disahkan menderita penyakit berkenaan.

Katanya, penyakit itu yang juga disebut sebagai filariasis telah menjadi wabak di 12 perkampungan di daerah kota itu.

Jabatan berkenaan mengesahkan daripada 409 pesakit, 37 kes di tahap kronik sehingga seluruh tubuh pesakit membengkak.

Kota Pekalongan terletak 380 kilometer dari timur Jakarta dan ia dikenali sebagai Kota Batik kerana batik Pekalongan memiliki corak istimewa dan khas serta diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandar Batik Dunia pada Disember 2014.

Tuti berkata, masyarakat di sekitar daerah berkenaan digesa supaya sentiasa berwaspada dengan jangkitan penyakit itu dan mendapatkan rawatan awal jika mengesyaki diri mereka dijangkiti.
Katanya, masalah yang dihadapi oleh jabatannya adalah kebanyakan pesakit tidak mahu mendapatkan rawatan awal dan beranggapan kononnya ubat penyakit itu mempunyai kesan sampingan yang serius.
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran Seranjang Malam (Sementara Stok masih ada)
 Beliau berkata, hasil kajian mendapati lebih 60 peratus daripada pesakit pula enggan mengambil ubat makan walaupun telah disahkan mengalami penyakit untut.

"Tahap kesedaran untuk mengambil ubat makan adalah rendah dan kami menilai masyarakat masih takut dengan kesan sampingan ubat padahal yang sebenarnya tidak ada kesan sampingan," katanya.
Tuti berkata, sebagai usaha mencegah jangkitan penyakit itu, kerajaan tempatan daerah akan melancarkan kempen kesedaran mencegah untut dengan memberi ubat pencegahan kepada orang ramai tidak lama lagi.

Penyakit untut berpunca daripada jangkitan sejenis parasit dikenali sebagai Filariasis menerusi gigitan nyamuk jenis mansonia dan pesakit akan menderita dengan kaki menjadi besar secara luar biasa.

Monday, 9 January 2017

5 Artis Malaysia Tidak Cantik/Kacak Tapi BERBAKAT





1. Siti Sarah Raisudin
Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (32 tahun), merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Baru Wanita Terbaik". Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.
Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.
Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Siti Sarah telah berjaya di tempat Naib Juara dalam Gegar Vaganza 3 yang mana Juara menjadi milik Azharina.

2. Beto Kusyairi
Beto Kusyairy (lahir 19 Februari 1980) ialah pelakon Malaysia berbakat yang mula dikenali sejak drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Geng Surau, Uri ini sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton. Memiliki kelulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA.

Drama Arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana.

Beto pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik "(Selagi Cinta Berzikir)" untuk Anugerah P. Ramlee 2012, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) untuk Anugerah Lawak Warna Astro 2015, Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) untuk Anugerah Skrin 2015, dan terbaru beliau telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Ramadhan Berteduh Syawal) untuk Anugerah Skrin 2016.

3. Namron
Nam Ron (kadangkala dikreditkan sebagai Namron) atau nama sebenarnya Shahili Bin Abdan lahir pada 21 November 1969 di Kangar, Perlis, Malaysia. Beliau merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon untuk teater, filem dan televisyen.

Mula melibatkan diri di dalam kegiatan teater pada tahun 1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI  di Kangar, Perlis. Semasa bersama group teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama group teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya.

Namron pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Parit Jawa) untuk Anugerah Skrin 2012 dan terbaru beliau telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Redha) untuk Anugerah Skrin 2016.

4. Normah Damanhuri
Nama sebenar ialah Normah Binti Damanhuri merupakan seorang pelakon dalam kelasnya yang tersendiri. Wajah beliau selalu sahaja muncul di kaca televisyen untuk drama rantaian dan juga di Layar Perak.

Bakat Lakonan Normah Damanhuri tidak dapat dipertikaikan lagi tepi sayangnya telah dicemari kontroversi murahan yag telah dicetuskan oleh anak perempuan beliau iaitu Liana Rosli yang keterlaluan dalam mempromosikan produk kecantikan iaitu dengan cara menggairahkan bergolek dalam hutan sambal mengeluarkan bunyi ghairah sedang menikmati nikmat seks dan video promosi lain iaitu  ‘Gentel Puting Payudara’

Netizen mengutuk keras dengan cara promosi demikian seolah-olah merendahkan martabat sebagai wanita muslim apatah lagi beliau merupakan anak kepada dramatis popular yang secara tidak langsung telah mencalarkan maruah Normah Namanhuri.

5. Abam Bocey
Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey (lahir 19 November 1988) merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey.
Beliau merupakan penghibur pertama di Malaysia yang menaikkan Tagline “Gemuk is Awesome”. Abam pernah memenangi Anugerah Berprestij yang menjadi igauan kesemua artis Malaysia iaitu untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Popular bagi ABPBH 2014. Abam juga pernah memenangi tempat ke-3 dalam Maharaja Lawak Mega 2013 dan tempat ke-5 dalam Maharaja Lawak Mega 2015.

Walaupun umum mengetahui Abam mempunyai badan yang gemuk dan berisi yang lazimnya ditakuti oleh semua orang tetapi rakyat Malaysia amat sukakan dan percaya kepada bakat semulajadi beliau sebagai seorang pelawak yang berbakat besar di Malaysia. Umum juga mengetahui untuk menjadi seorang pelawak tidak memerlukan wajah yang cantik dan kacak tetapi berbekalkan bakat, juga boleh popular dan masyukkk dalam Industri Hiburan.

Saturday, 7 January 2017

UniFi anda Lembap ? Cuba Lakukan 4 Cara Ini, Pasti Berkesan !!


Pernah tak anda  sedang asyik layan youtube, menonton movie atau mesej rakan-rakan tiba-tiba rangkaian terputus? Bila semak balik modem, tak ada masalah, mesti anda akan tutup suis modem dan buka balik selepas beberapa saat kan? Tetap line masih slow dan terus disconnected, tahu tahu ada lampu merah muncul di bahagian internet dekat router tu.

Bila nak hubungi khidmat pelanggan, kadang-kadang susah nak dapat. Perkara ini seringkali berlaku kalau kelaurga atau rakan serumah sedang menggunakan internet dalam masa-masa yang menjadi penyebab Domain Name System (DNS) bermasalah.

Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan membaiki semula DNS tersebut, ikuti langkah-langkah ini untuk mengendalikannya. Boleh dijadikan panduan pada masa akan datang kalau perkara yang sama terjadi lagi. Oh ya, cara ini hanya berkesan bagi pengguna router jenis baru (tahun 2014 dan ke atas) sahaja.

1. Buka Browser, Taip 192.168.0.1 Di Address Bar Dan Tekan Enter

Di Login page, Sila login dengan menggunakan Username & Password seperti berikut:
Username: operator
Password: h566UniFi

2. Pergi Ke Bahagian SETUP

Lihat di sebelah kiri, Klik pada WAN. Wan Configuration. Selepas itu, korang akan dapat melihat Protocol PPPoE di barisan pertama jadual. Di Column Action, Tekan butang Edit.

3. Skrol kebawah sehingga korang dapat melihat perkataan DNS. Domain Name Server Assignment. Tukarkan Assignment. Tukarkan mode asal daripada Auto ke Manual.


Setkan DNS seperti berikut:
Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8.8
Domain Name Server (Secondary) IP : 8.8.4.4

4. Skrol ke bawah kagi sehingga sampai di penghujung dan Klik APPLY.

Semudah 'ABC' ! Anda bolehlah cuba surf semula. Kalau boleh masuk itu maknanya Setting yang anda lakukan tu dah berjaya. Kalau tak boleh, mungkin 1-2 step yang salah ikut. Tak payah bersusah payah minta bantuan mereka. Oh ya, bagi pengguna router yang lama, mungkin sedikit kelainan dan caranya anda perlu sedikit explore sebab konsepnya sama sahaja.

Apapun, satu masalah dah selesai, mesti susah nak hidup kalau tak ada internet kan pada zaman sekarang ini ? Kerja pun boleh terganggu lebih-lebih lagi macam kami yang perlu ada internet sepanjang masa. Kalau perkara ini terjadi di rumah atau pejabat, boleh lakukan sendiri dan kerja pun tak terganggu.
Selamat Mencuba !!
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran Seranjang Malam (Sementara Stok masih ada)

Tuesday, 3 January 2017

Wanita Kongsi Diet Sihat Makan Pasir Sejak 63 Tahun Lalu

 
Kusma Vati sedang mengunyah pasir yang baginya amat sedap

SEORANG wanita di India memakan dua kilogram pasir setiap hari sejak enam dekad lalu sebagai diet untuk kekal sihat.

Kusma Vati, 78, meluangkan masa beberapa jam sehari untuk menguyah pasir dalam kuantiti yang banyak.

"Saya telah menguyah pasir dan batu sejak 63 tahun lalu.  Saya suka makan pasir dan ia tidak memberi kesan yang memudaratkan.

"Saya tidak pernah mengalami sebarang kesakitan pada perut dan mulut termasuk gigi. Saya juga boleh makan batu yang keras tanpa sebarang masalah," katanya.

Wanita itu juga memberitahu, dia tidak pernah menemui doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat mengenai dietnya.

"Saya tidak berjumpa doktor kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat.
"Saya fikir pasir juga sama seperti mineral lain dan ia memberi saya tenaga untuk terus bekerja seharian.

Cucu Kusma bagaimanapun sentiasa meminta neneknya menghentikan tabiat buruk itu, namun gagal.

Sunday, 1 January 2017

Kanak-Kanak Tiada Saluran Oksigen Ke Jantung Perlu Bantuan

 
Muhamad Al Fatah Shahzwan Mohamad Rashid, 2, dipangku ibunya Hasnah Nordin, 36, sambil ditemani kakaknya Azwani Safina, 5, (kiri) dan abangnya Mohd Shahrul, 10, ketika ditemubual media di rumah mereka di Tambun pada 1 Januari 2017

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami ketiadaan saluran oksigen ke jantung memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahan yang tinggi.

Ibunya Hasnah Noordin, 36, berkata anaknya Muhammad Al-Fatah Shahzwan Mohamad Rashid, 2, dari Tambun di sini mula dikesan menghidap penyakit itu sejak dilahirkan menyebabkan tumbesarannya terbantut.

"Jika kita yang normal mempunyai empat saluran tetapi dia hanya ada tiga saluran sahaja...doktor kata kena buat pembedahan peringkat demi peringkat kerana sebelum ini sudah tujuh kali pembedahan dilakukan.

"Saya meminta bantuan daripada orang ramai kerana kami sudah tidak mampu menampung kos pembedahannya yang terlampau tinggi, kadang-kadang nak makan pun kami minta bantuan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Ahad.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu memerlukan kos pembedahan sebanyak RM80,000 yang akan dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan depan.

Hasnah yang juga seorang suri rumah berkata pendapatan suaminya Mohamad Rashid Abdullah, 34, sebagai pemandu teksi sebanyak RM50 sehari tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan dan perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Katanya sebelum ini dia mendapat bantuan daripada agensi swasta serta zakat sebanyak RM50,000 untuk pembedahan jantung anaknya yang dijalankan pada bulan lalu.

"Anak saya memerlukan kos untuk ubat-ubatan dan susu khas sebanyak RM600 sebulan yang mana susu khas itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

"Kadang-kadang bila dah tak ada duit saya hanya memberi dia minum susu biasa sahaja tapi muka dia akan nampak pucat," katanya sambil menambah dia perlu menampung perbelanjaan tujuh lagi anaknya dan dua daripadanya masih bersekolah.

"Saya harap ada pihak yang sudi membantu saya sebab memang saya tak ada duit kerana kos pembedahan terlampau tinggi dan masa untuk mencari duit sangat singkat saya tak dapat nak cari," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Hasnah di talian 010-3892135 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya 08013-02-3536868 atau akaun Maybank milik suaminya 158015175733.