1. Siti Sarah
Raisudin
Siti Sarah binti
Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (32
tahun), merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia.
Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya
menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol
anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan
"Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari
itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk
"Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori
"Artis Baru Wanita Terbaik". Beliau juga merupakan satu-satunya artis
baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi
oleh
Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.
Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang
penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an
dahulu.
Siti Sarah menyertai
pertandingan realiti musim kedua
One in a Million yang menyaksikan artis
rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000
sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan
beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.
Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu
World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada
Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.
Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama
Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais
Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir
peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti
Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi
dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin
juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di
tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Siti Sarah
telah berjaya di tempat Naib Juara dalam Gegar Vaganza 3 yang mana Juara
menjadi milik Azharina.
2. Beto Kusyairi
Beto Kusyairy
(lahir 19 Februari 1980) ialah pelakon Malaysia
berbakat yang mula dikenali sejak drama Warkah
Terakhir: Rosli Dhoby, Geng
Surau, Uri ini sebenarnya telah lama berkecimpung
dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto
selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan
baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem
yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu
perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada
penonton. Memiliki kelulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA.
Drama Arahan Erma Fatima menjadi
titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak
sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan
Bade Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau
berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana.
Beto pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik
"(Selagi Cinta Berzikir)" untuk Anugerah P. Ramlee 2012, Pelakon
Komedi Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) untuk Anugerah Lawak Warna Astro
2015, Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Gila Baby) untuk Anugerah Skrin
2015, dan terbaru beliau telah
memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Ramadhan Berteduh Syawal) untuk Anugerah
Skrin 2016.
3. Namron
Nam Ron (kadangkala dikreditkan sebagai Namron)
atau nama sebenarnya Shahili Bin Abdan lahir pada 21 November 1969 di Kangar, Perlis, Malaysia. Beliau
merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon untuk teater, filem dan televisyen.
Mula melibatkan diri di dalam kegiatan teater pada tahun
1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI
di Kangar, Perlis. Semasa
bersama group teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil
sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua
tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau
menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya
SEBATU. Ketika beliau bersama group teater SEBATU, dua buah teater telah
dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa
pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut
sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah
dan menulis skripnya.
Namron pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Drama (Parit Jawa) untuk Anugerah Skrin
2012 dan terbaru beliau telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Filem
(Redha) untuk Anugerah Skrin 2016.
4. Normah Damanhuri
Nama sebenar ialah Normah Binti Damanhuri merupakan
seorang pelakon dalam kelasnya yang tersendiri. Wajah beliau selalu sahaja
muncul di kaca televisyen untuk drama rantaian dan juga di Layar Perak.
Bakat Lakonan Normah Damanhuri tidak dapat dipertikaikan
lagi tepi sayangnya telah dicemari kontroversi murahan yag telah dicetuskan
oleh anak perempuan beliau iaitu Liana Rosli yang keterlaluan dalam
mempromosikan produk kecantikan iaitu dengan cara menggairahkan bergolek dalam
hutan sambal mengeluarkan bunyi ghairah sedang menikmati nikmat seks dan video
promosi lain iaitu ‘Gentel Puting
Payudara’
Netizen mengutuk keras dengan cara promosi demikian
seolah-olah merendahkan martabat sebagai wanita muslim apatah lagi beliau
merupakan anak kepada dramatis popular yang secara tidak langsung telah
mencalarkan maruah Normah Namanhuri.
5. Abam Bocey
Pemilik nama
sebenar Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali
sebagai Abam Bocey (lahir 19 November 1988) merupakan seorang pelawak, pelakon
dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey.
Beliau merupakan penghibur pertama di Malaysia yang
menaikkan Tagline “Gemuk is Awesome”. Abam pernah memenangi Anugerah Berprestij
yang menjadi igauan kesemua artis Malaysia iaitu untuk Anugerah Bintang Popular
Berita Harian. Beliau telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Popular bagi ABPBH 2014. Abam juga pernah memenangi
tempat ke-3 dalam Maharaja Lawak Mega
2013 dan tempat ke-5 dalam Maharaja
Lawak Mega 2015.
Walaupun umum mengetahui Abam mempunyai badan yang gemuk
dan berisi yang lazimnya ditakuti oleh semua orang tetapi rakyat Malaysia amat
sukakan dan percaya kepada bakat semulajadi beliau sebagai seorang pelawak yang
berbakat besar di Malaysia. Umum juga mengetahui untuk menjadi seorang pelawak
tidak memerlukan wajah yang cantik dan kacak tetapi berbekalkan bakat, juga
boleh popular dan masyukkk dalam Industri Hiburan.