![]() |
Dato' Seri Vida bersama 2 anaknya dan suami tercinta |
Umum mengetahui wanita cekal ini mempunyai 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad Eric Zacquan atau lebih dekenali sebagai Kacak berusia 8 tahun dan Nur Edlynn Zamileen atau lebih dikenali sebagai Cik B yang berusia 10 tahun. Sesiapa yang mengikuti Instagram Dato' Seri Vida pasti akan perasan bilamana setiapa kali Dato' Seri Vida berkongsi video telatah Cik B pasti ada suara-suara yang mengeji malahan mengutuk bagaimana anak perempuan kepada seorang pengusaha Kosmetik yang popular yang penuh glamor mempunyai seorang anak perempuan yang berkulit gelap oleh sesetengah Netizen. Tambahan lagi ada yang menyuruh agar Dato' Seri Vida memberi makan produk Qu Puteh banyak-banyak kepada Cik B agar kelihatan lebih putih bagi meyakinkan pengguna agar mendapatkan produk Qu Puteh dengan lebih yakin.
![]() |
Komen negatif Netizen di Instagram Dato' Seri Vida |
![]() |
Netizen berbalas komen mempertahankan pandangan masing-masing |
Sebenarnya Dato' Seri Vida mempunyai 2 anak lelaki lagi tetapi telah terkorban dalam tragedi rumah terbakar pada tahun 2013 dan beliau juga pernah menjadi Ibu Tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak-anaknya secara bersendirian sebelum bertemu jodoh semula.
Difahamkan Dato' Seri Vida tidak pernah membalas komen-komen negatif daripada pengikut Instagramnya malah Beliau sudah biasa dengan pelbagai lagi onak dan duri dalam menaikkan jenama Qu Puteh dan Pamoga serta pelbagai produk lagi sehingga kepada Minyak Wangi, Kedai Tudung dan Kedai Emas miliknya di Ipoh. Penulis percaya Dato' Seri Vida ada banyak perkara lagi hendak dilakukan berbanding dengan melayan kerenah negatif pengikut di Instagramnya itu. Yang duit berjuta-juta masyyukkk tetap kepada akaun syarikatnya itu. Netizen apa yang dapat ?
![]() |
Dato' Seri Vida ketika menziarahi pusara anakandanya |
- Dato' Seri Vida pernah menaja acara-acara besar stesen televisyen antaranya Gegar Vaganza musim pertama sehingga ke3, Mentor Milenia Tv3, Anugerah Juara Lagu ke-29 yang menelan penajaan bernilai RM3 juta dan Gegar Vaganza pula hampir RM2 juta.
- Pernah menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan dan mensyaratkan Stadium Sultan Muhammad di Kota Bharu kepada warna Pink dan nama Pasukan ditukarkan dari The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
- Slogan dan Taglinenya sudah begitu terkenal yang menjadi siulan kepada semua masyarakat pelbagai kaum di negara ini iaitu Qu Puteh, Qu Puteh...Barulah Putih serta Alhamdulilah...Mujur ada Pamoga...
Penulis mendoakan agar legasi Vida Beauty kekal utuh dan berkekalan sehingga dikenali ke luar negara dengan berkat kecekalan dan usaha keras beliau bersama dengan pekerja-pekerja setianya.
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran Seranjang Malam (Sementara Stok masih ada) |
No comments:
Post a Comment