Saturday, 10 December 2016

10 Panduan Sebelum Beli iPhone Secondhand


Tak kiralah korang nak beli iPhone refurbished atau secondhand, yang penting sebelum beli korang mesti check :

1. STATUS APPLE ID
Di ruangan Icloud pastikan tiada emel owner. Kalau ada minta seller supaya sign-out dulu sampai keluar macam ni - example@icloud.com . Kalau seller bagi alasan tak nak sign out Apple ID jangan beli walaupun seller offer harga murah.

2. TOUCH SCREEN & DISPLAY
Caranya drag icon application ke seluruh permukaan skrin untuk pastikan semua 'touch point' berfungsi dengan baik.
Display yang bagus warnanya nampak sekata dan saturation color nampak cantik.

3. VOLUME, VIBRATE/RINGER, ON OFF dan HOME BUTTON
- Untuk Iphone 4@4S pastikan imej 'volume bar' muncul bila tekan button volume up/down. Kalau imej volume bar takde confirm Iphone ada problem play video tak keluar bunyi tapi notification ada bunyi..yang ni charger port kena tukar baru.
- Iphone model 5S ke atas pastikan check dulu function FINGERPRINT..yang ni penting sebab fingerprint kalau dah rosak pastu pergi kedai tukar home button baru pun sama jugak fingerprint tak boleh detect.

4. BUZZER/LOUD SPEAKER
Buka maximum volume & dengar sound ada pecah ke tak.
* Loudspeaker (buzzer) Iphone sebenarnya ada satu je bukan dua.

5. CHECK LINE/CARRIER & DATA 
dengan memasukkan simkad. Tengok Coverage bar pastikan keluar 3G/4G. Jangan beli jika coverage bar menunjukkan 'Searching' @ 'No Service'.

6. WIFI CONNECTION
Terutamanya model 4S kerap rosak.

7. CHARGER PORT & BATERI
Lubang charger kalau nampak kotor berdaki/hijau/ berlumut kemungkinan Iphone pernah masuk air.
Status bateri:
Caranya turn on 'battery percentage' dan sambung cas pada powerbank. Biar lebih kurang 1 minit. Jika peratus bateri naik dengan cepat contoh dari 10% terus pergi 20% @ 40% menunjukkan bateri bermasalah.
Bateri yang sihat level peratusnya akan meningkat sekitar 2% sahaja setiap seminit semasa mengecas.

8. EAR SPEAKER & MIC 
Pastikan berfungsi dengan baik dengan cara test buat panggilan.

9. KAMERA FRONT/BACK 
Pastikan FLASH & AUTO-FOCUS berfungsi dengan cemerlang.

10. Lain-lain lagi yang korang boleh CHECK :
- Region model Iphone di ruangan Setting.
Iphone set Japan (J/A) & Korea (KH/A) tak boleh silent shutter kamera sebab undang-undang kat sana tak bagi snap gambar curi.
Ada juga model import yang tak support 4G sebab bandwith tak sama...so test dulu dengan simkad 4G & pastikan anda berada dalam area coverage 4G.
- Check skrin Iphone pastikan skrin berada rapat pada body. Skrin yang tak rapat mungkin disebabkan bateri kembung atau Iphone kerap kali terjatuh.
- Check dua biji skru kecil bawah Iphone kalau skru nampak cantik je menunjukkan Iphone mungkin belum pernah repair.
- Goncang Iphone tepi telinga. Cuba detect kalau ada bunyi macam skru atau bateri longgar. Komponen dalam Iphone sepatutnya dipasang dengan kemas.
Pendek kata jadilah pembeli Iphone yang cerewet supaya korang tak rugi.

CARA MENENTUKAN IPHONE MODEL REGION:

Code Region
AB Egypt, Jordan, Saudi Arabia, United Arab Emirates
B Ireland, UK, also used for some replacement phones
BR Brazil (Assembled in Brazil)
BZ Brazil (Assembled in China)
C Canada
CH China
CZ Czech Republic
D Germany
DN Austria, Germany, Netherlands
E Mexico
EE Estonia
FB France, Luxembourg
FD Austria, Liechtenstein, Switzerland
GR Greece
HN India
IP Italy
HB Israel
J Japan
KH Korea
KN Norway
KS Finland, Sweden
LA Colombia, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Peru
LE Argentina
LL USA
LZ Chile, Paraguay, Uruguay
MG Hungary
MY Malaysia
NF Belgium, France, Luxembourg
PL Poland
PO Portugal
PP Philippines
RO Romania
RS Russia
SL Slovakia
SO South Africa
T Italy
TH Thailand
TA Taiwan
TU Turkey
X Australia, New Zealand
VN use for some replacement
Y Spain
ZA Singapore
ZP Hong Kong, Macau

Sape yang tak tahu kat mana nak check Iphone region korang bleh pergi kat :
Setting>General>About>Model
Contoh dalam gambar ini :

"MY/A" = Malaysia
"B/A" = UK/Ireland.
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran Seranjang Malam (Sementara Stok masih ada)

1 comment: