Sebentar tadi ada seorang Ibu muda beranak dua telah menulis status ke dalam Group Facebook '47000 Sungai Buloh' supaya menderma bagi melangsaikan tunggakan sewa rumah selama 4 bulan.
Status wanita tersebut berbunyi:
assalamualaikum wrga 47k ni pos yg ke-3 saya update pasal sewa rumah.
sumpah demi allah saya sgt memerlukan rm2000 sebelum besok. saya ingin
meminta jasa baik prihatin tuan puan menolong saya menderma kan seberape
yg boleh. kalau mlm ni saya tkdpt kumpulkan rm2000 saya kene keluar dr
rumah sewa ni. saya ada dua org anak 11bulan dan 2tahun. kalau saya kene
halau mana saya nak bawak anak saya duduk saya merayu mnta jasa semua
bantulah, skrg allah uji saya tuan puan semua tlg insyyaallah allah
berlipat kan rezeki tuan puan. harap ada sedikit belas kasihan tuan puan
kpd saya. saya dah usaha tp adik beradik sendiri tak tlg. saya merayu
kepada semua hulurkan tangan ringan kan beban saya. acc 162085654796
syuhada bt abd rahim maybank. alamat rumah pt 1263 -1d lorong 9 kg
merbau sempak. no 0102606340 . semoga allah permudahkan urusan kita
semua.
Sangat memalukan sampai begitu sekali, Siapalah ye tuan rumah tersebut kerana telah berlembut memberi peluang kepadanya untuk terus tinggal selama 4 bulan tanpa bayar sewa. Kiranya tuan rumah itu telah baik hati.Difahamkan beratus komen yang mengeji wanita tersebut dan ada juga yang sekadar bersimpati dan menasihati wanita tersebut untuk merujuk kepada Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Antara komen Netizen...
Antara komen Netizen...
Malah ada juga mempersoalkan dimanakah Suami wanita tersebut, tidak bekerjakah suami kepada Wanita tersebut. Difahamkan juga ini merupakan bukan kali pertama Wanita tersebut meminta pertolongan di situ TAPI kali ke-3.
Rentetan itu, ada seseorang telah memerli dengan mengepost seperti caption diatas bagi menggambrakan situasi yang hangat dalam group tersebut. Jadi, Tepuk dada tanyalah selera.
Meskipun dilanda pelbagai kontroversi percintaan, nampaknya fenomena
Lofattah masih lagi belum reda. Difahamkan Neelofa dan Fattah Amin
mungkin bakal bergandingan lagi dalam projek terbaru Astro.
Malah, Neelofa juga memberitahu beliau tahu tentang perancangan berkenaan cuma belum mengesahkan lagi tawaran berkenaan.
Saya memang sentiasa akan profesional ketika bekerja.
Tapi saya belum dapat mengesahkan dengan lanjut tawaran itu. Takut ada
perubahan.
Neelofa akui beliau kembali teruja untuk berlakon semula atas
permintaan peminat dan juga sambutan hangat drama Suri Hati Mr Pilot.
Buat Neelofa, kejayaan drama berkenaan adalah detik paling bermakna buat
dirinya sepanjang bergelar artis.
Dapatkan segera ViMax Original + Percuma Cincin Nikmat Getaran SeranjangMalam (Sementara Stok masih ada)
Berbicara mengenai kontroversi hangat yang melanda beliau dan Fattah,
Neelofa berkongsi ibunya ada merasa risau bagaimana beliau menghadapi
situasi berkenaan.
Saya cakap kepada mama, biarlah saya nikmati kegembiraan
ini sementara masih ada. Saya gembira dengan sokongan peminat,
pengiktirafan dan perhatian yang diraih. Saya rasa dihargai dan sokongan
peminat buat saya mahu berikan yang lebih baik kepada mereka. Ini
termasuk apa saja aktiviti yang boleh mendekatkan diri saya dengan
peminat.
Mampukah gandigan mereka berdua dapat mencipta fenomena sekali lagi?
Bagaimana agaknya “chemistry” Neelofa dan Fattah Amin kali ini selepas
dilanda kontroversi. Sama-sama kita nantikan..
PETALING JAYA: Taktik 'sesumpah' atau pemandu
perkhidmatan kongsi kereta yang cuba mengaut keuntungan tanpa
menggunakan aplikasi tempahan didakwa telah mengakibatkan kerugian lebih
tinggi ditanggung pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Jika sebelum ini kehadiran Uber/GrabCar dianggap seperti mencurah pasir
ke periuk nasi pemandu teksi, kini tindakan mereka yang mengambil
penumpang di lapangan terbang tanpa tempahan di aplikasi mudah alih
mengundang rasa tidak puas hati yang lebih membuak-buak dalam kalangan
pemandu teksi.
Seorang pemandu teksi eksekutif di KLIA yang hanya mahu dikenali sebagai
Jijoy mendakwa, jumlah pendapatan bulanan mereka menurun kira-kira 50
sehingga 60 peratus akibat kegiatan ulat Uber/GrabCar.
"Jika sebelum ini, kami boleh meraih pendapatan kasar antara RM8,000 dan
RM10,000 setiap bulan tetapi sekarang hanya antara RM4,000 dan RM5,000
sebulan.
"Itu pun ikut nasib, ada waktunya kami dapat lagi sedikit. Berapalah
sangat yang tinggal selepas ditolak sewa teksi, makan minum dan
perbelanjaan lain," katanya.
Jijoi Pemandu Teksi Eksekutif
Jijoy yang bekerja sebagai pemandu teksi selama lapan tahun berkata,
pergerakan mereka untuk mengambil penumpang kini juga semakin perlahan.
Jelasnya, jika sebelum ini mereka boleh mendapat secara purata enam
penumpang atau 'trip' dalam masa dua hari, tetapi kini hanya tiga 'trip'
bagi tempoh yang sama.
"Kami terutama pemandu teksi eksekutif di KLIA perlu menunggu giliran
apatah lagi jumlah kami yang ramai, jadi kehadiran Uber dan GrabCar
terutama yang licik ini memperlahankan pergerakan kami," katanya dengan
nada kesal.
Selain 'sesumpah' dan 'ulat', Jijoy juga memberitahu, mereka juga perlu
bersaing dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain di KLIA termasuk
KLIA2 seperti teksi limo, teksi premier, teksi bajet dan kereta sewa.
Sementara itu, seorang pemandu teksi bajet yang ditemui turut mengakui
pendapatan kasarnya setiap bulan berkurangan antara RM4,000 dan RM5,000
kepada antara RM1,500 dan RM2,500.
Beliau yang enggan dikenali berkata, dalam keadaan ekonomi tidak menentu
dan kenaikan harga barang, sudah tentunya ia mengecilkan pendapatan
boleh guna mereka.
Tambahnya, kebimbangan timbul sekiranya mereka tidak mampu untuk membayar sewa teksi.
"Alhamdulillah, saya masih lagi mampu bernafas untuk terus mencari
rezeki dengan membawa teksi di KLIA/KLIA2 tetapi sekadar cukup-cukup
makan.
"Ada pemandu di kalangan kami yang tertunggak bayaran sewa teksi
berbulan-bulan disebabkan keadaan yang menimpa sekarang selain komitmen
terhadap keluarga dan hal kewangan lain," katanya.
Pemandu teksi bajet ini berkata, sumber pendapatan mereka akan terhenti
sekiranya teksi ditarik balik berikutan kegagalan melunaskan sewa.
Bagaimanapun apa yang difahamkan, katanya, keadaan perkhidmatan teksi di
KLIA juga tidak memberangsangkan berbanding dahulu, terutama selepas
kemunculan Uber/GrabCar, selain 'sesumpah' bagi perkhidmatan sama.
"Nanti ada lambakan teksi pula, sekarang ini pun saya lihat banyak teksi
terpaksa menunggu giliran di KLIA untuk mengambil penumpang.
Saya berharap semua pihak terutama pihak berkuasa dapat mengambil
perhatian terhadap nasib kami sebagai pemandu teksi di KLIA/KLIA2,"
katanya.
Sebelum ini penyanyi popular Siti Nurhaliza membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tingkah laku Dato Seri Jamal Yunos.
Jamal Yunos hanya bertuala ketika membuat protes tiada air di pejabat MB Selangor.
Kini gilaran dua lagi artis popular memberi respon mereka kepada Jamal Yunos
Jom baca:
ABBY ABADI
Baru je kelmarin takde air di kawasan2 tertentu sekitar Selangor kerana
kerja2 penambahbaikan dari pihak TNB. Itupun berjadual. Cukup je utk
mandi, solat.. siap masak lagi... Bukannya sampai takde terus.
Dah bgtahu awalpun kan?... buleh je tadah... yg si Jamal ni tersampuk
apa pulak ni sampai berdemo pakai towel je depan Bangunan Kerajaan
Negeri Selangor? Tak malu ke? Nak burukkan Kerajaan Selangor la tu..
Terburukkan diri sendiri... Kesian Jamal
.
PS: Kalau dia sendiri yg aibkan diri buat kerja mcm ni kan? Salah org
ke, salah dia kalau jadi bahan? Sedihlah org Melayu yg mengaku beragama
ISLAM rajin nau tunjuk perangai mcm ni... akhlak mana akhlak? malulah
pada yg bukan ISLAM.
FAIZAL TAHIR
Dengar orang kata buku ni bagus. Abang Jamallullair Tadaq kita penulisnya.
Sapa da baca bg la review sikit.
Rata-rata Netizen menyatakan Jamal Yunos ini semakin mereng dan mental sejak kes belaiu ditumbik sehingga berdarah tempoh hari. Lebih elok rasanya Jamal berehat buat seketika daripada terus menerus memalukan diri sendiri dengan pelbagai insiden yang diciptakannya. Netizen juga hairan ada juga pengikut Jamal yang turut mereng mengikuti apa sahaja tindakan bodoh oleh Jamal.
Minggu ini antara topik viral yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia
sudah tentu insiden Datuk Seri Jamal Yunos muncul dengan hanya bertuala
membawa gayung berisi alatan mandian di hadapan pintu pagar Bangunan
Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor baru-baru ini. Dalam video ‘sidang
media’ yang turut diadakan di hadapan bangunan SUK itu, Jamal dengan
penuh emosi meluahkan kekecewaannya terhadap ketiadaan air di Selangor
selama beberapa hari, lalu bertandang ke pejabat MB dengan niat untuk
menumpang mandi.
Hal tersebut turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara,
Dato Siti Nurhaliza untuk menyeru orang ramai supaya tidak mengikut apa
yang dilakukan oleh Jamal melalui foto yang dimuatnaik di akaun
Instagramnya. Kini, Jamal pula bagi kenyataan balas. Boleh tahan pedas
ayat yang diberi, agak-agak Siti terasa hati tak?
Post Siti Nurhaliza tentang Jamal di Instagram
Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol
Pesan Jamal kepada Siti
Melalui laporan sebuah portal tempatan, Jamal mengeluarkan kenyataan
melalui kiriman WhatsApp yang berbunyi “Pesanan saya kepada Siti. Jaga
air sendiri yang tak berapa subur tu. Atau cari air lain”.
Jamal bagaimanapun bukanlah individu pertama mengecam Siti
menggunakan modal ‘air’ ini. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik
turut mengeluarkan kenyataan dengan maksud yang lebih kurang sama di
laman Twitter.
Bila di’mention’ oleh peminat tentang tweet sindiran yang ditujukan
kepada dirinya itu, Siti membalas dengan tenang bahawa kata-kata
tersebut langsung tidak memberi kesan kepada dirinya.
Eloklah, tak perlu panjangkan lagi hal-hal macam ni. Tak kemana pun ‘perang laman sosial’ ni. Tak gitu?
Sumber: FMT, @CTNurhaliza11, @nickliewky
Siti Kekal Tenang
Berdasarkan pemerhatian, Netizen beranggapan Jamal Sekinchan telah mengalami 'Mental Disorder' dengan kata lain telah mengalami penyakit 'Gila' SEJAK beliau ditumbuk sehingga berdarah pada kejadian tempoh hari.
Gambar: Pinterest, Jetsetter Asia dan thelostkidsph
Semalam syarikat penerbangan tambang murah paling popular di Asia,
AirAsia telah mendedahkan Laporan Percutian 2016 mereka. Pada tahun 2016
ini sahaja, mereka telah menerbangkan 57,263,734 orang penumpang ke
serata destinasi pilihan. Semalam juga di Twitter, AirAsia telah
mendedahkan dimanakah 10 destinasi percutian pilihan ramai. Adakah anda
salah seorang yang menyumbang kepada kebanjiran pelancong di 10
destinasi ini?
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Datuk Seri
Azmin Ali mengarahkan hotel miliknya Sekin Fishermen Village Hotel
& Resort dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya
terhadap isu gangguan air.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Majlis Daerah Sabak
Bernam (MDSB) diarahkan merobohkan premis perniagaannya atas arahan
Azmin yang juga menteri besar Selangor.
“Pagi tampal notis, petang ini roboh. Ini tindakan balas dendam
kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah
pimpinan Azmin.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air,” katanya kepada FMT.
Berdasarkan notis yang diterima FMT, MDSB menghantar notis perintah
menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan
berkuat kuasa hari ini dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat
pada 4 Januari depan.
Tetapi, MDSB sudah pun menjalankan kerja merobohkan premis itu pada hari ini.
Arahan itu menyebut Jamal sebagai pemilik premis menjalankan aktiviti
perhotelan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK
3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.
Mengulas mengenai notis itu, Jamal berkata pihaknya memohon permit
sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai
dokumen lengkap disediakan.
“Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu
dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis,” katanya.
Semalam, Jamal datang ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala
bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah
Klang sejak Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan
pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong.
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016
dengan catatan hambar selepas kembali turun dalam ranking Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang Fifa, www.fifa.com pada Khamis, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada posisi ke-161 dunia pada Disember berbanding 156 pada November.
Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan 171 pada Januari dan Feb,
166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun), 167 (Julai dan Ogos), 158
(September) dan posisi ke-164 dunia pada Oktober.
Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara
ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi
ke-120, Thailand (126), Vietnam (134) dan Myanmar (159).
Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa
negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia
(162) dan Kosovo (165).
Dua pasukan dari benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan
kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing
mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman
kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.
Dato' Siti Nurhaliza pulang dengan 5 Anugerah dalam AIM 22
Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) telah berlangsung sebentar tadi di Dewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Majlis anugerah berprestij itu disiarkan secara
langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari
pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut di dahului
acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan
selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00
malam sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.
Bertemakan 'Kemuncak Segala-Galanya', AIM 22 memperlihatkan
barisan artis popular membuat persembahan seperti Datuk Siti Nurhaliza,
Faizal Tahir, SonaOne, Yuna, Hazama, Khalifah, Sufian Suhaimi, Projector
Band, Ameng dan Akim & The Majistret. Manakala penghibur terkenal
Harith Iskander dan Adibah Noor telah menggalas tanggungjawab sebagai
pengacara Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) dengan cemerlang.
Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai
calon akhir untuk edisi ke-22 itu. Senarai lima calon akhir untuk setiap
kategori itu menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani
dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai
genre muzik yang diterbitkan.
SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 22 (AIM 22)
1. ARTIS BAHARU TERBAIK
1) Bella Nazari
2) De Fam
3) Lyia Meta
4) Projector Band
5) Syamel (Pemenang)
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
1) Akim Ahmad - Potret (Pemenang)
2) Faizal Tahir - Sejati
3) Hazama - Sampai Mati
4) Hazami - Cintai Dia
5) Lah Ahmad - Syukur
3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
1) Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi (Pemenang)
2) Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
3) Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
4) Najwa Mahiaddin - Guilty Room
5) Nona - Takkan Biarkan
4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
Kubur Gergasi yang ditemui yang telah diletakkan Batu Nisan
MELAKA: Seorang ahli sejarah mendakwa telah
menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di
dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di pesisir pantai di sini.
Mohd Fuad Khusari M. Said yang dilantik kerajaan Melaka untuk mencari
tapak warisan bersejarah yang baharu berkata, beliau menjumpai beberapa
tulang dengan sebahagian daripadanya terdedah di atas permukaan tanah
di Pulau Upeh.
Beliau juga menjumpai dua kubur bersaiz luar biasa kira-kira 1.2 kilometer di luar gua tersebut.
Kubur berukuran kira-kira 5 meter (m) panjang dan 0.5m lebar itu terletak 15m dan 20m antara satu sama lain.
"Saya telah melaporkan penemuan ini kepada pihak berkuasa kerana kami
tiada hak untuk menggali tapak tersebut tanpa kebenaran," katanya
kepada The Star pada Sabtu.
Beliau berkata penemuan itu boleh membuktikan dakwaan penduduk awal
di Melaka termasuk semasa zaman Kesultanan Melayu mempunyai struktur
badan bersaiz gergasi.
Ahli sejarah yang berpengalaman 10 tahun dalam kajian arkeologi itu
berkata, berdasarkan saiz tengkorak dan panjang tulang, baki rangka yang
lain boleh berukuran antara 3m dan 5m panjang.
Mohd Fuad berkata panjang tinggalan rangka sepadan dengan saiz makam
Sultan Ariffin dan tujuh pahlawan bersaudara di Pulau Besar.
"Tidak ada kerja-kerja penggalian di mana-mana kawasan kubur, malah kisah penduduk awal bersaiz gergasi masih kekal mitos.
"Namun, kajian terhadap penemuan terbaharu ini boleh membantu
membuktikan atau menyangkal dakwaan bahawa manusia bersaiz gergasi
berada di Melaka suatu ketika dulu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patxiotisme
Malaysia (1KSEP), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata kubur tersebut
lebih besar berbanding kubur pada zaman moden.
"Ini mungkin disebabkan saiz mereka yang dikebumikan atau ia dibina
lebih besar berbanding biasa sebagai memberi penghormatan kepada mereka
kerana menyebarkan ajaran Islam di dunia ini," katanya.
Beliau berkata Pulau Upeh pernah menjadi pangkalan pendakwah agama
dari Pulau Jawa yang pergi ke Pelabuhan Melaka untuk menyebarkan ajaran
Islam kepada penduduk dan pedagang pada abad ke-15 manakala kubur
bersaiz besar di Pulau Besar kebanyakannya milik mereka yang berasal
dari Yaman.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata beliau telah dimaklumkan mengenai penemuan terbaharu di Pulau Upeh.
"Ya, kami telah menugaskan sejarawan itu untuk menyediakan fakta
mengenai tapak bersejarah yang belum diterokai dan penyelidikan sedang
dijalankan berhubung penemuan terbaharu kubur bersaiz gergasi itu,"
katanya.
Idris berkata beliau telah dimaklumkan bahawa penduduk kampung dari
tanah besar telah meletakkan batu nisan di atas kubur tersebut beberapa
tahun lalu.
Pesakit jantung, Nur Aina Nasuha Mohd Zahir, 1, dipantau oleh ibunya Nor
Azila Jaafar, 31, kelihatan lemah ketika mendapatkan rawatan di
Institut Jantung Negara. Nur Aina memerlukan bantuan bagi kos rawatan
untuk menjalani pembedahan 'pacemaker' dan rawatan susulan sekitar
RM63,000
KUALA LUMPUR: Seorang bayi
perempuan berusia 16 bulan yang menghidap masalah jantung berlubang,
memerlukan bantuan kira-kira RM100,000 bagi membiayai pembedahan dan
rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Nur Aina Nasuha dari Penaga, Butterworth dikesan menghidap penyakit
jantung berlubang dan saluran jantung sempit sejak berusia sebulan oleh
doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah dan Hospital Pulau
Pinang.
Menurut bapanya, Mohd Zahir Musa, 38, setiap bulan, beliau dan isteri
Norazila Jaafar, 31, membawa anak ketiganya itu ke hospital di Sungai
Petani bagi mendapatkan rawatan sehingga dia berusia sembilan bulan.
"Kemudian kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum dibawa ke
IJN pada 18 November lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di
IJN di sini Khamis.
Pada 21 November lepas, Nur Aina menjalani pembedahan pertama di IJN
dan doktor melakukan rawatan 'Ventricular Septal Defect Closure (VSD)
bagi menutup jantung yang berlubang. Kanak-kanak itu dijadualkan
menjalani pembedahan kali kedua untuk memasukkan 'pacemaker' ke dalam
badannya pada Jumaat.
Mohd Zahir berharap agar pembedahan itu berjalan lancar dan berjaya.
"Saya mahu yang terbaik untuk anak saya, tak sanggup tengok keadaan dia sekarang mengalami kesakitan," katanya.
Mohd Zahir yang bekerja sebagai mekanik di Penaga hanya memperoleh
pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan dan wang itu tidak mencukupi untuk
menampung kos rawatan susulan anaknya itu.
Beliau mempunyai dua lagi anak perempuan yang masih bersekolah Nur Aulia Maisara, 10, dan Nur Iman Qhaisyara, 7.
Beliau amat berharap sumbangan orang ramai dapat meringankan beban
mereka bagi menampung pembedahan dan rawatan susulan anaknya itu.
Nur Aina ialah antara pesakit yang mendapat pembiayaan daripada IJN
Foundation, bagaimanapun dana tambahan diperlukan dan boleh disalurkan
kepada yayasan itu.
Pacemaker adalah alat pacu jantung (peranti) yang diletakkan di dada
atau perut untuk membantu mengawal ritma jantung yang tidak normal.
Peranti ini menggunakan elektrik untuk menggerakkan jantung berdegup secara normal.
Peranti ini dapat mengelakkan pesakit daripada keletihan, sesak nafas
atau pengsan, malah sekiranya semakin parah, boleh menyebabkan
kematian.
Mereka yang berhasrat untuk membantu kanak-kanak ini boleh menghulurkan
sumbangan ke dalam akaun Maybank 564258577396 atas nama IJN Foundation
atau hubungi Eksekutif Kanan, Pentadbiran dan Kewangan IJN Foundation,
Siti Fairus Abdul Mohamed di talian 03-26178200 sambungan 3196 atau
019-6032942 untuk pengesahan.
JAKARTA: Tiga belas pendaki Malaysia terperangkap di Gunung Leuser di Aceh termasuk seorang yang diserang hipotermia.
Pengarah Urusan Global Communication Center (GCC) Malaysia, Mustaqim Mustaza berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat lanjut ekoran perhubungan antara pasukan mencari dan menyelamat dengan pusat komunikasi di Base Camp Jalur Kedah di gunung itu setakat ini masih terputus.
Sebanyak 12 orang dilaporkan terperangkap di Kem Bipak Kaleng pada ketinggian 2,972 meter manakala ketua pendaki, Khairil Aslan Ab Rasid pula terperangkap di ketinggian 3,404 meter.
GCC menjadi koordinator secara ihsan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Khairil dikatakan berada di kawasan yang lebih tinggi setelah terpaksa menempuh ribut untuk mendapatkan isyarat telefon dan beliau tidak dapat turun kerana cuaca semakin buruk dengan suhu mencapai satu darjah Celcius.
Pasukan mencari dan menyelamat dari Badan SAR Nasional (Basarnas) pula terpaksa menggunakan jalan darat dengan mendaki gunung itu kerana tidak dapat menggunakan helikopter ekoran cuaca buruk.
Berikut adalah senarai nama pendaki Malaysia yang dilaporkan terperangkap di Gunung Loser itu:
1. Khairil Aslan Ab Rasid, 41 (Bangi Lama, Selangor).
2. Muhammad Najman Harith Khairil Aslan, 16, (Bangi Lama, Selangor).
3. Ahmad Nazit Rashid, 40, (Simpang Teluk Teduri, Kedah)
Kuala Lumpur, 15 Dis. - Rakyat Malaysia yang akan menggunakan
perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK)
dapat menikmati tambang secara percuma selama sebulan sempena
pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata perkhidmatan yang dikendalikan oleh
RapidRail Sdn. Bhd. itu akan dapat dinikmati pengguna bermula mulai
esok sehingga 16 Januari depan.
"Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baru serta memberi peluang
kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu,
moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi
perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari
ini.
"Ia termasuklah perkhidmatan bas pengantara. Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini," katanya.
Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa
Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, lapor Utusan
Online.
Ramai orang tidak sedar dan tidak tahu waktu yang Afdal untuk menziarahi Kubur
Petikan daripada Kuliah Dhuha di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara.
Tajuk : Adab menziarahi kubur
Terutama kubur arwah Ibu & Bapa kita. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh
ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.
Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas
akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua
ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh
Allah SWT.
Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya,
dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.
Ketika dikubur :
1. Memberi salam kpd si mati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya.
Seperti " Assalamualaikum Mak/Ayah". Roh mendengar dan menjawab salam.
2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati.
Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.
Beratus saluran Tv dengan MyIPTV (Updated 12/12/2016)
BILL ASTROK MAHAL ⁉ INGIN MENONTON XTROKK PERCUMA⁉
. 🎉TIADA LAGI BAYARAN BULANAN YANG MEMBEBANKAN🎉
💋 Semua Siaran Tv ASTROK 💋 Telefilem Melayu Latest 💋 Drama Bersiri Terkini 💋 Movie Melayu terbaik 💋 20,000++ siaran Luar Negara 💋 @stro First 💋 @stro Best 💋 @stro Box Office 💋 @stro on Demand 💋 HD Channel 💋 Sport, Movies, Cartoons & Documentary
Dan semuanya PERCUMA‼ 💋💋💋
Capaian kepada gudang pelbagai Movie yang terkini di Pawagam
Hanya Perlu : 📢 Internet Connection minima 4mbps (Unifi/Maxis fibre/Streamyx)
HANYA YG WHATSAPP SEKARANG DAPAT TAWARAN KAMI !!!! ❤ whatsapp "JIMAT" ke 012 6333 808 ❤ ❤ whatsapp "JIMAT" ke 012 6333 808 ❤
Android Box HIMEDIA
Android Box X96
Paparan antara contoh Saluran Tv dalam MyIPTV
Dapatkan X96 - Android Box Edaran Kami Yang Terbaru Dengan Chipset
Amlogic Terkini Dan Android 6.0 Marshmallow - STABIL & PANTAS ➡Latest Amlogic Chipset S905X ➡Android 6.0 Marshmallow ➡GPU Penta Core Mali 450 ➡ARM Cortex A53
The Cortex-A53 delivers significantly higher performance than the highly successful Cortex-A7 - rujukan website ARM Cortex
Melebihi Spesifikasi Kebanyakan Android Box Di Pasaran Sekarang Dengan Harga Yang Jauh Lebih Murah ➡➡ HARGA X96 EDARAN KAMI HANYA RM170!! ⬅⬅ ➡➡ DAPAT IR RECEIVER MOUNT SO BOX ANDA BOLEH DILETAKKAN DIBELAKANG TV OR DIAMANA SAHAJA (RUJUK GAMBAR DI BAWAH)
Untuk lebih informasi dengan maklum balas pantas ➡WHATSAPP KAMI ❤ Whatsapp "JIMAT" ke 012 6333 808 ❤
IR RECEIVER Mount
➡WHATSAPP KAMI ❤ Whatsapp "JIMAT" ke 012 6333 808 ❤
Sekiranya anda sudah mempunyai Android Box tetapi telah tamat tempoh penggunaan MyIptv, WDHD, Moon TV dan Huat 88TV. Jangan risau anda juga boleh memperbaharui tempoh penggunaan dengan menghubungi kami seperti nombor telefon di atas.
Apa itu IPTV ?
IPTV. Fakta yang perlu diketahui
Ramai orang bertanya saya apa itu IPTV. IPTV ialah Internet Protocol TV. Dari namanya kita sudah
boleh mengetahui apa tujuan IPTV; iaitu untuk menonton TV melalui
internet. Jadi jelas dan nyata disini anda tidak memerlukan sebarang
dish untuk mendapatkan signal dari satelit, yang anda perlukan ialah
internet yang laju. Bermaksud hanya plug and play sahaja dan anda akan
terus mendapat siaran.
Berapa Kelajuan Internet Diperlukan ?
Dari ujian yang telah saya buat, secara puratanya data yang di download
menggunakan IPTV adalah antara 2 hingga 3 MB/s. Oleh kerana saya
menggunakan internet ADSL berkelajuan 4 MB/s, saya tidak menghadapi
masalah untuk menonton channel yang ditawarkan melalui apk sama ada
dalam format Standard Definition (SD) atau High Defination (HD). Ada
yang bertanya saya, adakah boleh menggunakan wireless broadband internet
untuk menonton IPTV? Jawapannya boleh sekiranya anda mempunyai pelan
data tanpa had (unlimited). Persoalannya adakah wujud pelan data yang
sedemikian? Ada juga yang bertanya, bolehkah menggunakan internet dengan
hanya kelajuan 2 MB/s? Saya berpendapat akan ada lagging berdasarkan
data download yang telah saya perolehi. Namun ianya juga bergantung
kepada channel yang kita tonton, sama ada kita menonton channel dalam
format SD atau HD.
Penggunaan data channel SD. Secara puratanya
antara 1 hingga 1.5 mbps.Penggunaan data channel SD. Secara puratanya
antara 1 hingga 1.5 mbps.
Bagaimana Kualiti Siaran IPTV?
Ramai yang menganggap apabila dinyatakan channel itu HD, mereka
mengharapkan kualiti gambar yang akan keluar di TV mereka betul-betul HD
seperti dari original decoder yang mendapat siaran dari satelit.
Sebenarnya kurang tepat. Sebelum anda dapat menonton siaran tersebut di
TV anda dirumah, data yang disalurkan melalui internet melalui proses
yang dipanggil media streaming dimana video dan audio diasingkan oleh
perkakasan streaming. Video akan dipadatkan (compress) dalam format
H.264 atau VP8, manakala audio dipadatkan dalam format MP3, Vorbis atau
AAC. Selanjutnya video dan audio tadi akan disatukan dan dipadatkan
dalam format MP4, FLV, WebM, ASF atau ISMA. Akhirnya akan disalurkan
kepada pengguna melalui internet kelajuan tinggi berasaskan jaringan
fiber optic selepas melalui proses pengesahan (authentication) akaun
melalui MAC address. Selain dari itu, ada masa tertentu akan terdapat
audio dan video syncronize yang tidak sama dimana audio adakalanya lebih
cepat atau lambat dari video yang sedang ditayangkan.
Penggunaan
data channel HD. Secara puratanya antara 2 hingga 3 mbpsPenggunaan data
channel HD. Secara puratanya antara 2 hingga 3 mbps
Dalam proses
yang dinyatakan, bergantung kepada setting atau tetapan yang telah
dibuat, kualiti gambar yang dikeluarkan selepas streaming boleh
direndahkan untuk menyalurkan data dengan laju kepada pengguna. Provider
biasanya mengambil pilihan ini supaya pengguna ADSL terutamanya masih
boleh menikmati IPTV. Andainya mereka tetap mengekalkan kualiti seperti
asal, pasaran mereka sudah pastinya akan terjejas kerana data yang
diperlukan sangat tinggi dan hanya pelanggan yang mempunyai internet
berasaskan fiber optik sahaja dapat menikmati perkhidmatan ini.
Bagaimana Hendak Menonton IPTV?
IPTV yang banyak dipasaran ialah yang menggunakan sistem operasi
android. Jadi secara nyatanya, anda memerlukan apa-apa device yang
menggunakan android seperti smartphone, tab atau box android. Anda perlu
memuat turun apk dan memasang perisian apk itu ke dalam peranti android
anda. Adalah penting untuk cuba install dahulu kerana ada sesetengah
peranti android tidak memberi paparan yang penuh kerana resolusi dan
paparan peranti tersebut yang agak kecil.
Selain dari itu, ada
juga peranti IPTV yang menggunakan sistem operasi Linux. Pengalaman saya
menggunakan box IPTV yang menggunakan Linux, ianya lebih cepat tanpa
buffering terutamanya semasa menukar channel. Selain dari itu, security
system di dalam box linux lebih hebat dimana ianya menggunakan embeded
software yang telah dipasang ke dalam box itu dan ini memberikan
kelebihan atau advantage kepada provider untuk mengelakkan box mereka di
hack oleh orang-orang tertentu. Penggunaannya juga lebih mudah
menggunakan remote control.
Walau apa pun, android itu juga
berasal dari Linux Kernel yang dibangunkan oleh Google untuk mobile
operating system dan berdasarkan data sehingga April 2013, android OS
menguasai pasaran sehingga 71% berbanding mobile OS lain yang juga
pesaingnya. Bermaksud andainya anda membeli box IPTV android, anda bukan
saja boleh menonton IPTV melalui aplikasinya di TV, tetapi anda juga
boleh menonton youtube, facebook dan lain-lain aplikasi yang boleh
dimuat turun dari Google Playstore. Anda boleh membeli peralatan
tambahan seperti wireless keyboard dan mouse untuk memudahkan pengawalan
berbanding menggunakan remote control. Untuk butiran terperinci, boleh
baca sendiri di http://en.wikipedia.org/wiki/Android_(operating_system)
Apa itu APK?
Android application package file (apk). Terdapat beberapa provider yang
menawarkan apk yang berbeza contentnya untuk IPTV. Masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri terhadap
channel-channel yang ditawarkan. Anda harus bijak memilih content atau
channel yang ditawarkan yang bersesuaian dengan selera anda. Sila baca
sendiri penerangannya di sini. http://en.wikipedia.org/wiki/Android_application_package
Sekiranya saya berada diluar negara, bolehkah saya mendapatkan siaran?
Ya, asal saja anda mempunyai sambungan internet tidak kurang dari 4
Mbps dan tiada kuota, itu sudah memadai. Walaupun dalam ujian saya ianya
tidak mencapai 4 Mbps, namun menggunakan internet dengan kelajuan
sekurang-kurangnya 4 Mbps adalah yang terbaik.
RISIKO
Apakah
risiko menggunakan IPTV ini. Setiap produk dan perkhidmatan ada
kelebihan, kekurangan dan kelemahan yang tersendiri. Antaranya ialah:
1. Hakcipta.
Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan IPTV yang murah, kandungan
(content) yang ditawarkan itu akan melibatkan masalah perundangan iaitu
hakcipta. Itulah antara sebabnya ada IPTV yang ditawarkan oleh ISP
tertentu gagal memberikan siaran yang hebat dan mantap kerana masalah
hakcipta, perjanjian dengan content provider dan monopoli pasaran oleh
syarikat kroni yang seolah-olahnya kebal dan dilindungi. Hakcipta siaran
atau content di dalam IPTV boleh diumpamakan seperti anda membeli
VCD/DVD cetak rompak. Membeli dan memiliki playernya tidak menjadi
kesalahan, tapi memiliki VCD/DVD cetak rompak itu yang menjadi
kesalahan. Jadi faham-faham sendirilah, pandai membeli pandai menyimpan.
Tentang hukum dan fatwa, boleh rujuk dan tanya sendiri kepada datuk
Google.
2. Server Crash atau Server Ditutup
Akan berlaku pada
satu masa apabila terlalu banyak pelanggan atau pengguna, adalah tidak
mustahil server yang melayani permintaan data terlalu banyak akan crash
atau lumpuh dengan sendirinya. Namun sekiranya pengendali IPTV berkenaan
mempunyai prasarana atau backup yang bersesuaian, ianya akan dapat
dielakkan. Namun risiko tersebut tetap ada dan tidak mustahil akan
berlaku.
Satu lagi faktor sekiranya perkhidmatan dari IPTV
underground, tidak mustahil pada satu masa nanti pihak berkuasa dapat
mengesan lokasi server IPTV tersebut dan merampas semua peralatannnya.
Pengesanan boleh dibuat sekiranya IP server tersebut dapat dikesan dan
akaun serta data pemilik pengendali IPTV diketahui seperti alamat
pemasangan dengan kerjasama ISP. Namun, pengendali IPTV ini sangat licik
melindungi IP mereka dari dikesan dengan menggunakan kaedah proxy
server atau cara lain yang lebih canggih. Masalah bertambah serius
sekiranya ada pengendali IPTV yang menawarkan siaran lucah atau channel
lucah, tapi biasanya dari luar negara.
3. Siaran
Siaran atau
Channel yang ditawarkan adalah berbeza mengikut provider A, B, C dan
selanjutnya. Biasanya channel tersebut adalah bercampur-campur dari
berbagai satelit sama ada dari satelit tempatan, luar negara atau
digital teresterial TV. Provider sudah tentunya akan memilih channel
yang favorite dan disukai ramai. Adalah mustahil untuk mengambil channel
penuh untuk satu-satu satelit, mereka akan memilih channel yang penting
sahaja. Mustahak untuk kita mengetahui senarai channel yang ditawarkan
yang sesuai dengan selera kita sendiri.
Sumber channel biasanya
diperolehi dari satelit sama ada dalam Ku band, C band atau dari
Teresterial Digital TV. Bermaksud, sekiranya provider tersebut
menawarkan 150 channel, mereka perlu mempunyai 150 decoder yang setiap
masa dihidupkan. Kos penyelenggaran dan kos internet penyedia
perkhidmatan IPTV sangat besar dan oleh itu bayaran langganannya juga
agak mahal. Namun biasanya provider akan bekerjasama dengan rakan kongsi
dari provider yang lain dimana mereka akan menggabungkan channel sesama
mereka menjadikan channel yang ditawarkan menjadi banyak.
Selain
dari itu, faktor cuaca dimana server itu ditempatkan juga mempengaruhi
terutama sekiranya channel itu dari gelombang ku band yang sangat
sensitif dengan cuaca seperti yang digunakan oleh astolol. Jadi
sekiranya ditempat anda cuaca baik, tetapi anda tidak mendapat apa-apa
siaran untuk channel tertentu, kemungkinan besar keadaan cuaca dimana
sumber iPTV itu tidak mengizinkan.
4. Tiada Jaminan
Sekiranya
anda menggunakan IPTV dari unofficial provider atau underground
provider, janganlah anda mengharapkan jaminan apa-apa. Terimalah ianya
dengan seadanya. Jangan sesekali ditayangkan ditempat terbuka.
Gunakanlah selagi ada dan bersedia dengan risikonya. Anda tidak boleh
mengharapkan kesempurnaan sekiranya anda membeli dengan harga yang murah
dan tiada kontrak tertentu. Segala risiko anda yang tanggung sendiri
dan tidak perlu menyalahkan sesiapa sekiranya berlaku apa-apa masalah
terhadap kesinambungan perkhidmatannya dimasa hadapan. Kita umpamakan
seperti perokok, mereka tahu merokok itu memudaratkan kesihatan, tapi
tetap membeli rokok. Andai ada masalah kesihatan, jangan salahkan orang
lain, sebaliknya salahkan diri sendiri. Samalah juga ceritanya anda
membeli c line, tak perlulah terpekik terlolong sekiranya c line itu
scramble. Memang ianya tidak sempurna dan berisiko. Nak perfect dan
sempurna, langganlah yang asli dan bayarlah bil bulanannya. Antara
faktor yang mempercepatkan kejatuhannya ialah penjualannya oleh reseller
yang sangat terbuka tanpa memikirkan kerahsiaan. Manakala provider atau
pengendali IPTV sangat berhati-hati dalam hal ini dan sentiasa
memainkan peranan dibelakang tabir. Sekiranya apa-apa berlaku, reseller
lah yang akan 'ditembak' terlebih dahulu oleh pengguna.
KESIMPULAN
Jelas telah dinyatakan agak terperinci konsep IPTV tersebut.
Terpulanglah kepada anda sendiri untuk membuat pilihan. Semuanya diatas
kemampuan dan selera anda sendiri. Namun, bagi peminat siaran satelit,
IPTV bukanlah menjadi pilihan utama walaupun sumber siaran itu juga
asalnya dari satelit. Bagi penggemar atau pencari signal TV satelit,
IPTV adalah terlalu mudah dan tidak ada cabaran atau challenge. Tidak
ada sebarang ilmu mencari satelit yang boleh diperolehi. Hanya sekadar
plug and play dan layanlah apa-apa saja siaran yang ditawarkan oleh
provider. Namun sekiranya anda tinggal dibangunan pencakar langit dan
mempunyai sambungan internet yang laju, dimana memasang dish yang banyak
akan menjadi halangan, mengapa tidak mengambil peluang mencubanya.
Pilihan dan risiko ditangan anda sendiri. Yang penting tepuk dada tanya selera serta kemampuan masing-masing.